Monday, 12 March 2012

Firefly akan perkenal semula surcaj bahan api mulai 21 Mac

SUBANG: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat dari 21 Mac bagi mengimbangi bahan api jet yang tinggi secara berterusan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Firefly berkata surcaj bahan api RM10 bagi perjalanan domestik akan dikenakan bagi setiap laluan dan RM20 bagi laluan serantau Ia juga menyatakan bahawa kesemua tempahan penerbangan yang dilakukan sebelum 21 Mac tidak tidak dikenakan surcaj itu.

Ketua Pegawai Operasi Firefly dan penerbangan jarak dekat Malaysia Airlines, Ignatius M C Ong, berkata syarikat itu menghapuskan pengenaan surcaj bahan api pada sukuan terakhir 2008, tetapi malangnya tetapi kini terpaksa memperkenalkannya semula disebabkan kos operasi yang lebih tinggi yang tidak tidak dapat ditanggungnya.

"Kami akan terus memantau harga bahan api dan memastikan bahawa surcaj yang kami kenakan terhadap penumpang berpatutan dan selari dengan caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan serantau yang lain," katanya.

Harga bahan api jet meningkat kepada US$136.94 setong bulan ini, daripada US$131.39 pada Februari manakala pada Januari ia ditetapkan pada US$108.22

No comments:

Post a Comment