ISU berkaitan pembantu rumah, terutama dari Indonesia yang membuat
pelbagai tuntutan yang tidak dipersetujui majikan di negara ini mendesak
kita mencari penyelesaian kepada masalah penjagaan anak bagi ibu bapa
yang bekerja. Sudah tentu dalam mendepani permasalahan ini, kita harus
mengenal pasti penyelesaian praktikal dan selamat supaya ibu yang
bekerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah dapat melaksanakan tugas
mereka tanpa perlu risau mengenai keadaan anak mereka. Antara satu usaha
berkenaan dan boleh dilaksanakan ialah dengan membenarkan pejabat
kerajaan dan swasta membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di premis
masing-masing. Cara ini bukan saja memudahkan ibu yang bekerja, bahkan
membolehkan mereka menjenguk anak mereka di TASKA pada waktu rehat bagi
memastikan anak mereka berada di bawah jagaan pihak bertanggungjawab dan
boleh dipercayai. Justeru, peraturan yang mewajibkan semua bangunan
baru milik kerajaan mempunyai ruangan khas bagi menubuhkan TASKA seperti
yang diumumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, di Parlimen, kelmarin sungguh
melegakan. Selama ini, kerajaan mendapati ketiadaan ruang sesuai menjadi
kekangan utama penubuhan TASKA berkenaan, selain kos pembiayaan tinggi
serta kesukaran mendapatkan pekerja dan pengasuh berkemahiran.
Antara ciri yang perlu dipatuhi dalam penubuhan TASKA ialah mesti menitikberatkan faktor keselamatan, tidak terletak berhampiran tempat bahaya, persekitaran yang sihat dan mempunyai pembahagian bilik yang sesuai. Setakat ini mengikut rekod kementerian terbabit, hanya 60 TASKA ditubuhkan di tempat kerja dalam sektor awam, yang juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kita mengalu-alukan cadangan insentif untuk sektor swasta bagi menggalakkan penubuhan TASKA, iaitu elaun bangunan perindustrian selama 10 tahun dan potongan cukai ke atas bangunan yang digunakan bagi pusat asuhan kanak-kanak selaras kempen Masyarakat Penyayang kerajaan. Langkah itu pastinya dapat menggalakkan wanita berkahwin mengisi pasaran pekerjaan, selain memberi mereka ketenangan fikiran ketika melaksanakan tugas di pejabat masing-masing. Sebagai usaha menambahbaik pentadbiran TASKA, adalah wajar satu jawatankuasa ditubuhkan pada peringkat kementerian bagi membolehkan anggotanya mengkaji dengan teliti garis panduan mengenai TASKA yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 1992 dan membandingkannya dengan program sama yang dijalankan di negara maju. Sewajarnya garis panduan sedia yang tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dikaji semula dan diberi penambahbaikan bagi menggalakkan semua majikan menyokong usaha murni ini.

No comments:
Post a Comment